CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Renung-renungkan & Selamat Beramal!



"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (al- Baqarah:216)

" “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-nuur:30 & 31)

" “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?” (ar-rahman : 13)

" “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” (Al-ahzaab : 33)

Saturday, February 26, 2011

3 Bulan Vs 3 Minggu

Gempak tak tajuk post kali ini?haha.sebab saya cuti 3 bulan,2 roomate saya cuti 3 minggu je.Apasal ek? Sebab..saya tak amik short sem,dan mereka berdua amik short sem.Jeles tak?Jeles tak? haha :P Tapi ..
I'm still wondering,nak buat apa cuti lelame nie ek? Nak cari kerja pun,tatau kerja apa yang sesuai.Tak nak dah kerja cashier kat Econsave,taubat dah! haha. Roomate saya buat apa ek sekarang nie ek? Ieda & ili? what are you doing? Takkan tengok Korean lagi.haihh. -.-' Saya kureng minat la tengok korean..tapi tengok la jugak sebab nye ramai kawan saya tengok korean.huhuhu.urm?tak tau dah nk ckp pe..


Ok,Selamat ber'SHORT SEM' untuk ieda & ili. :)

Wednesday, February 23, 2011

This the end of Semester 2,2010/2011

Ain   : Tamat sudah sem 2 untuk 2010/2011.
Ieda : Yeahh,cuti tiga minggu menunggu ...
Ili     : Dah sampai rumah dah.paper aku habis awal.
Ain  : Tak aci kn?haha.Takpe,aku cuti tiga BULAN.Lagi seronok.haha.Tapi nak buat apa ek?
Ieda : Bisnes ayam!!!
Ili     : Aah.Yok!
Ain  : Hish,Tau la korang suke ayam KFC.Takkan sampai nak niaga ayam.
Ili     : Ok ape,nanti kalau-kalau takde keje nanti,buleh la kita mulakan bisnes kita ye..(hohoho)
Ain  : Aak,ko pengeluar! Busuk2.Asyik jage ayam je~ haha. PADAN MUKE! :P
Ieda : Aku boleh bahagian pemprosesan.
Ain  : Aku bahagian pengedar produk.haha.
Ieda : Eh,jap jap.tak nak la.pemprosesan busuk jugak.nak pengedar produk la.Ain amik pemprosesan.
Ain   : Kejam Gila Ieda -.-'
Ili     : OK set! nanti kita tak dapat keje lagi,boleh la niaga ayam.
Ain  : Haih,roomate-roomate aku.

Satu lagi kenangan Terindah untuk di ingati. :)

Selamat Bercuti semua jumpe lagi 3 bulan.ili gn ieda jumpe lagi 3 minggu,kcian dorang,dah la dok ganu.balik kejap je.aku yang dok dekat pulak cuti lame.takpe lah.Bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian.betul tak ili? :P

Selamat Malam.

Saturday, February 19, 2011

Berbicara tentang akal

Kita semua tahu,kita dikurniakan akal untuk berfikir,menyelesaikan masalah dan macam-macam lagi.Orang yang berakal pasti mampu berfikir.Sama ada baik mahupun jahat.Terpulang kepada orang tersebut untuk memilih.


Pernah dengar lagu " DEMI MATAHARI" ? Di petik daripada Surah As-Syams (1-10)


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari,
Demi bulan apabila ia mengiringi,         

  (bukti bulan mengiringi matahari)
Demi siang hari bila menampakkan dirinya,
Demi malam apabila ia menutupi,

(siang dan malam saling memerlukan)

Demi langit beserta seluruh binaannya,
Demi bumi serta yang ada di hamparannya,

(langit dan bumi saling melengkapi)
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya,


Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan,

(Allah memberi kita akal,ilham)
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya,

(orang yang menggunakan denga baik,ia orang yang untung!)
Merugi bagi yang mengotori-Nya.

(sangat rugi mereka yang tidak menggunakan dengan baik!)


 Subhanallah..


Kita sering kali alpa leka lupa bahawa akal adalah nikmat Allah yang diberikan kepada manusia.Seharusnya kita bersyukur dengan kurniaan-Nya,(alhamdulillah) bukannya kufur.
Manusia je ada akal.binatang mana ada.Itu satu kelebihan buat kita.Perbezaan kita dengan hamba-hamba-Nya yang lain.Itu pun masih lagi kita tak bersyukur?


Kita terpilih menjadi khalifah di muka bumi ini.Sebab apa?Sebab kurniaan AKAL yang masih kita tak syukuri.(astagfirullah..)


Maka bersyukurlah.. (Alhamdulillah...)


P/S- hari ini nur laili aka ili,da tamat exam dan akan pulang esok.sudah tamatlah sem 2,2010/2011 untuk dia.untuk kami berdua ain & ieda.masih meneruskan perjuangan sampai ke titisan yang terakhir hendaknya.(ecececehh)..


Sekian.

Monday, February 14, 2011

Edcoustic : Sebiru hari ini

Sebiru Hari Ini

Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

intro

reff 2x

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah.

Ditujukan kepada roomate -roomate saya yang struggle untuk final exam.
Bit taufiq wan najah! :)

Anda Bijak Jauhi Zina

Allah berfirman dalam surah Al-Israk ayat 32 bermaksud :
"Janganlah kamu hampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat,"

Sememangnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan kotor sehinggakan Allah memerintahkan mereka yang berzina mestilah di hukum dengan 100 kali sebatan,sebagaimana yang Allah firmankan dalam surah An Nur ayat ke 2,yang bermaksud :
"Perempuan-perempuan dan laki-laki yang berzina,hendaklah keduanya di dera (sebat) dengan masing-masing 100 deraan (sebatan). "

Mungkin kerana hukuman yang diwajibkan oleh Allah ditentang serta sistem kawalan masyarakat dan pihak yang bertanggungjawab terlalu lembab ditambah lagi dengan ceteknya ilmu dan dangkalnya iman menyebabkan kes zina semakin merebak.

Amat malang lagi sekiranya mereka yang terus dengan perbuatan hina ini dan mati sebelum bertaubat kerana seksaan di akhirat lebih dahsyat dari sebatan.

Rasulullah s.a.w ketika Israk dan Mikraj di perlihatkan Allah satu kumpulan manusia yang terdiri dari lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan azab yang ditimpakan kepada mereka. Mereka digantung pada buah dada mereka dengan dengan rantai api neraka sedang dari kemaluan mereka keluar nanah dan danur yang sangat busuk sehingga ahli-ahli neraka sendiri mengharap dan mengeluh,meminta agar mereka dijauhkan dari penzina tersebut.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :
"Takutlah kamu berbuat zina kerana bagi mereka yang berzina mereka diberikan 6 macam bala dan seksaan."

Tiga bala sewaktu di dunia iatu :

  • Allah mengurangkan rezekinya
  • Hilang keberkatan hidupnya
  • Seksaan sewaktu nyawanya dicabut
Menjauhi zina ialah dengan berpakaian menutup aurat, menghindari bahan lucah dan menghindari pergaulan bebas kerana sekiranya kita menghampiri zina,syaitan akan menggoda kita untuk mencuba perbuatan yang terkutuk itu.

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Thabrany :

Jauhilah kamu bersunyi-sunyi dengan perempuan.Demi Allah tidak bersunyi seorang lelaki dengan seorang perempuan melainkan masuklah syaitan diantara keduanya, dan bersentuhan seorang lelaki akan babi yang berkubang dengan lumpur lebih baik baginya daripada bersentuhan dengan seorang pempuan yang tidak halal baginya.

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman :

"Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya,yang demikian adalah lebih suci bagi mereka,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. "

Katakanlah kepada wanita yang beriman :

"Hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kehormatannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung mereka ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya."

(Surah An-Nur : 30-31) 

Maka ingatlah janji Allah,sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya..

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji pula,sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan yang baik pula.

(Suran An-Nur : 26) 

Monday, February 7, 2011

CNY : Study Week Bermula

Assalamualaikum semua..
sorry lame da xupdate blog.haih.line asek buat hal je.takpelah.ape-ape pun,Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang menyambut nya.hehe :) ok,lepas nie study week pun bermula di CFS nie.kelas yang belum abis,di habiskan lah minggu nie secepatnya..Bi untuk EPT start hari rabu nie.Cuak kot~ Doakan kami exempted or eixt ye! hehe. Cuti baru lepas nie,seronok kot bagi kami bertiga.ieda & ain seronok la dapat balik rumah.tapi ili pegi cuti-cuti malaysia di Melaka.I wonder why dia xnk balik.ish23.Xpelah,dia nak balik hujung bulan nie.sama cam ktorg yang lain.

Ok,sepanjang cuti nie,ain pergi Putrajaya.mggu sblum 2 pun pergi Putrajaya,sebab wedding miss Zaharah.oh Madam Zaharah.Beliau sangat comel ++ cantik :D admire beliau.hehehe.Go on with Putrajaya,rasa macam nak duduk sana lah.tak ramai orang.selesa je.hari-hari tengok hijau.kan bandar dalam taman.so macam sweet je duduk situ.igtkn kecik la an.,rupenye besar lah.xjemu lah nak jalan-jalan situ.pegi Masjid Besi, Tasik Putrajaya.Wetland nya,Alamanda, huhuhu. sumenye indah~

Tengok lah gambar masjid besi..













Masjid Putrajaya

Dari dekat

ape ek nie?huhuhu.,lupa -.-

Masa jalan-jalan kat Alamanda,ttibe ternampak lak jurulatih PLKN dulu,terimbau kembali kenangan di plkn.haha.macam-macam lah.agak kecewa la jugak sbb jurulatih tuh tak kenal an.takpelah,beribu kot org kat plkn tuh,xkn dia cam satu-satu.sooooo,jgn lah terasa hati ain !

Masa cuti pun, ada gak terluang dengan buku-buku yang belum di baca,penah dengar buku 'Syed Qutb Petunjuk Sepanjang Jalan ' urm,act,ada orang bagi buku 2 kat saya,tapi saya belum khatam2 lagi.haih.ain2.tak boleh beli buku lagi nie.asyik tak khatam je.dulu,ada buku nie saya beli,buku ' Jagalah Allah Allah menjagamu' itu pun belum abis baca.haha.tabiat membaca da semakin kurang lah sejak akhir-akhir nie.
Entahlah,maybe nak exam final kot.yang sure,memang jarang nak baca buku sekarang.buku pelajaran kene la bca.nak score an..Insyaallah, :)


Twinkling night? theme : GOLD bru je lepas,tak dapat apa-apa award pun.tapi aktiviti under mahallah zainab lah.dapat lah semua penghuni mahallah datang untuk makan FREE.seronok~makan.makan.makan!

Ok,next time update lgi ye~

p/s 1- ain xde kelas pg nie.ptg kang full smpai kol 6.
p/s 2-ieda sakit kaki,.hohoho,penat dalam bas katenye :P
p/s 3-ili belum balik lg,tadi dia balik bawak kawan.ntah kenape ntah.

Selamat Tengahari Semua ~

Wednesday, February 2, 2011

Wanita lebih ramai di neraka berbanding di syurga

Padahal wanita sangat mudah masuk syurga.Betulkan?Kepada kaum hawa,terlalu byk ujian bagi kaum hawa.Semoga artikel ini bermanfaat buat kamu semua.


Buat kaum adam,pasti kamu juga tidak mahu orang yang kamu syg menghadapi salah satu siksaan dibawah ini.

Khususnya untuk para wanita dan diri sendiri...



Sayidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah.Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis?

Beliau menjawab "Pada malam aku di-isra'-kan,aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan.Itulah sebabnya mengapa aku menangis.Kerana,menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah s.a.w kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya dimana otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya,tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya,diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri,di bawahnya dinyalakan api neraka.Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam,memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing,sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi s.a.w

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

- Rasulullah menjawab: "Wahai puteriku,adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

- Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

- Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya,ia keluar rumah tanpa izin suaminya,dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

- Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

- Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

- Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana tidak sembahyang tapi mengamalkannya dan tidak mandi junub.

- Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta..Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

"Mendengar itu,Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis juga.."

ALLAH S.W.T memerintahkan kita seluruh wanita mukmin untuk mengenakan jilbab/tudung.Hal ini,seperti yang difirmankan Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 59:

”Wahai Nabi,suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik),maka dengan itu mereka tidak di ganggu.Dan (ingatlah)Allah adalah Maha Pengampun,lagi Maha Pengasih.”

ALLAH S.W.T juga berfirman dalam surah An-Nur,ayat 31:

”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yg haram),dan memelihara kehormatan mereka,dan janganlah mereka memperlihatkan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya,dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..”

RASULULLAH S.A.W bersabda: 



”Diantara yang termasuk ahli neraka ialah wanita yang berpakaian tetapi telanjang,yang berjalan dengan lenggang lenggok untuk mengoda dan di kagumi.Dikepala mereka terdapat bonggolan seperti bonggol unta yang lemah gemalai.Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium harumannya.”
[HR Muslim]



Sekadar pengkongsian.Semoga bermanfaat buat semua :)

Malaysian 4th Chocolate Fair 2011

Assalamualaikum w.b.t .(jawab jangan tak jawab,hehe)
hari ni outing bersama classmate ieda.huhuhu.pegi mid valley.wee~act ain tak di ajk pun.hohoho.tapi selepas 'di ajak' baru la pegi.hehehehe.janji pukul 11,tapi kami siap lambat la pulak.ish3.roomate sape la nie.hohoho.kami pegi menaiki bas metro ber no 12,bas untuk ke mid valley.sampai di sana,begitu ramai orang .orang berpusupusu memasuki shopping complex tersebut~ 

destinati pertama kami,THE BODY SHOP,classmate ieda,Biha nak beli barang so masuk la kedai tersebut.actally sebelum-sebelum ni pernah lalu je kat kedai tuh,tak pernah masuk.Al maklum la,kedai tuh kan mahal.hehehe.ade peluang dapat masuk,ape lagi...tgk-tgk la kedai tu..minggu nie theme japanese,so kedai tuh pun ala-ala japanese la an termasuk la jurujual nye.

next,pegi Chocolate fair la.ape lagi.haha,bermula la sesi tester macam macam.semua jenis coklat di rasai.huhuhu.yummy~coklat buatan tempatan..sedap2.ade pameran coklat tuh dia buat papan chess dgn chess-chess nya sekali..huwahh,kagumm..ade swan..ade lolipop chocolate..cara-cara proses coklat pun ade.urm..ramai la orang serbu~sedap semuanya.rasa nya pegi sana pun da kenyang merasa coklat kat sana.haha.

So,ape lagi..sok masih still ada lagi chocolate fair tuh.pegi lah.jangan lepaskan peluang anda~



biha tahan gelak~


Nailah Al-Farafishah

nama hisbah kami :)


nailah siapa tu?
nama seorang wanita.


siapa wanita itu?
isteri Usman bin Affan.


cantik kah dia?
cantik,pandai.


OK,bacalah sebahagian daripada kisah hidup nya...

Ketika terjadi fitnah yang memecah belah umat Islam pada tahun 35 Hijriyah, Nailah ikut mengangkat pedang untuk membela suaminya. Seorang musuh menerobos masuk dan menyerang dengan pedang pada saat Ustman sedang memegang mushaf atau Al Qur’an. Tetesan darahnya jatuh pada ayat 137 surah Al Baqarah yang berbunyi, “Maka Allah akan memelihara engkau dari mereka.”
Seseorang pemberontak lain masuk dengan pedang terhunus. Nailah berhasil merebut pedang itu namun si musuh kembali merampas senjata itu, dan menyebabkan jari-jari Nailah terputus Ustman syahid karena sabetan pedang pemberontak. Air mata Nailah tumpah ruah saat memangku jenazah sang suami. Ketika kemudian ada musuh yang dengan penuh kebencian menampari wajah Ustman yang sudah wafat itu, Nailah lalu berdoa, “Semoga Allah menjadikan tanganmu kering, membutakan matamu dan tidak ada ampunan atas dosa-dosamu!”
Dikisahkan dalam sejarah bahwa si penampar itu keluar dari rumah Ustman dalam keadaan tangannya menjadi kering dan matanya buta!
Sesudah Ustman wafat, Nailah berkabung selama 4 bulan 10 hari. Ia tak berdandan dan berhias dan tidak meninggalkan rumah Ustman ke rumah ayahnya.
Nailah memandang kesetiaan terhadap suaminya sepeninggalnya lebih berpengaruh dan lebih besar dari apa yang dilihatnya terhadap ayahnya, saudara perempuannya, ibunya dan juga kerabatnya. Ia selalu mendahulukan keutamaannya, mengingat kebaikannya di setiap tempat dan kesempatan. Ketika Ustman terbunuh, ia mengatakan, “Sungguh kalian telah membunuhnya padahal ia telah menghidupkan malam dengan Al Qur’an dalam rangkaian rakaat.”

p/s - hari ini AIN & IEDA nak balik rumah.ILI akan ke Melaka untuk cuti-cuti malaysia~
Wasalam.