CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Renung-renungkan & Selamat Beramal!



"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (al- Baqarah:216)

" “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-nuur:30 & 31)

" “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?” (ar-rahman : 13)

" “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” (Al-ahzaab : 33)

Monday, March 28, 2011

Nina Comel !!

Siapa Nina tuh? huhuhu :)

THIS IS NINA



Dia ni budak Jepun.

I'm a doting father who teaches at a high school in Japan. I originally uploaded these videos mainly so my family and friends in the U.S. could see how Nina is progressing through life, but since then Nina has made new friends from all around the world.
Thanks to kawaiifull for making the great banners!
-nina's father-

Jom tgk youtube dia~~ 
comel~
comel~


Friday, March 18, 2011

Keputusan Sem 2,2010/2011

Hopefully dapat macam budak nie.A+.(amin)
Salam :)
Ok,entry kali ini nak bagitahu pasal keputusan?haha
tak tak.pasal nak check keputusan exam la.haiyo... -.-'
dari semalam 17/3 xdpt bukak,arini pun xdpt..
kecian kepada mereka yang bersusah payah dari semalam untuk mengetahui result masing-masing.haih
saya ni cuak gak,tapi... nak tengok lambat-lambat.tak tahu kenapa.
maybe sebab malas nak refesh kot.hee :)

Untuk ieda & ili.(Ili dah tengok kn?cis...)
Selamat mengetahui keputusan result ye~

Tuesday, March 15, 2011

VLOG?

Salam.
Ok,post kali ini pasal VLOG?
Vlog?ape tuh?
VideoBlogging lah. :)

Ramai sebenarnya dah buat Vlog nie.(lebih dari satu la aku jumpa) hehehe.

oke,jom TONTON :D

First : Matlutfi90 - my favourite!



Details : dia seorang lelaki.asal kedah.nak tau lebih?cari sendiri.

Second : IniAnwarHadi
















Details : Mamat nie pun orang kedah.tapi dia speaking.al-maklum la amik TESL.


Third : Polkadot Doughnut


Details : X kata beliau amat suka MENGANJENG n KOMPLEN orang lain..padahal beliau sendiri cakap TERJERIT2 cm pekak je.



Forth : Paku & Belacan


Details : Paku & Belacan belajar di Sarawak.Mereka fasih berbahasa Melayu.




Fifth : Maria Elena


Details : Ha,nie baru aku jumpa Vlog daripada seorang wanita.

ok,till then.Peace upon to you,

P/s - Result kua khamis nie.lepas pukul 5.takot -.-

Monday, March 14, 2011

Pergi tak kembali...

Minggu depn short sem dah nk start,maka bermulalh perjlnan kami (ieda & ili) sbgai student di cfs iium..kpd ain teruskn perjuagan anda menjdi bibik di rumah...;-)

    Semlam saya menerima berita yg agak mengejutkn n sukar nk percya,seorng drpd shbt sklh saya tlh kmbli ke rahmtullah krn trlibt dlm kmlgn jln raya di tmbun,Perak.Memg agak menyedihkn bila seseorg yg pernh bergelar kwn pergi meningglkn kita untk selamanya.Beliau yg bkal melangkh 19 tahun esk x smpt mnymbut ulang thun kelhirnnya krn trlebih dhulu menghadap illahi."SESUNGGUHNYA KITA MERANCANG DAN ALLAH JUGA MERANCANG,TETAPI PERANCANGAN ALLAH JAUH LEBIH BAIK". 

   Kpd yg tlh pergi,kita redhailh pemergianya dn iringinya dgn bcaan Yassin dan Al-Fatihah..kpd yg msih bernfas, kita mmg ada hak untk bersedih ttpi jgn smpai melupakn tnggungjwb yg laen.Kita dah tgk,dgr n baca bgaimna org yg kita kenali pergi menghadap-Nya, tp bgaimna pula dgn kita?Semoga kita meniggalkn dunia ini   dgn keadaan khusnul khotimah.Amin....

Teringt pula kata2 kak usrah, "tak kira siapa yg pergi dlu,pastikn kita jmpa di destinasi yg sama(syurga ALLAH)",insyaAllah..

p/s:kpd ain,jgn lupa lwt kiteorg kat cfs n jgn lupa bwk mknn yg best2 ek..

Monday, March 7, 2011

Kelakar

Mood : Ketawa

Kisah 1 : Anak yang baik.

Dua orang sahabat sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar.Mereka bercerita tentang keluarga masing-masing.
Maimon:Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna.
Hasnah :Adakah dia merokok?
Maimon:Oh,tidak!Tidak sama sekali!
Hasnah :Dia kekadang minum bir?
Maimon:Oh,tidak!Dia anak yang baik.
Hasnah :Dia kuat bersosial ...dan pulang larut malam?
Maimon:Tidak pernah sama sekali!Dia juga anak terbaik dalam keluarga.
Hasnah :Wah,nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna.Berapa usianya?
Maimon:Minggu depan akan genap usianya 6 bulan.

Kisah 2 : Kisah cikgu

Seorang cikgu tertidur di depan kelas, ketika dia terbangun ia menyuruh murid-muridnya pulang.
"Tadi saya sudah berjanji dengan Putera Charles untuk bertemu di alam mimpi." katanya sebagai alasan.
Keesokan harinya,ada seorang murid tertidur di dalam kelas itu.
Cikgu mengejutkannya dengan pukulan kayu pembaris dan berkata, " Kenapa kamu tidur di kelas?!"
"Saya juga ada janji dengan Putera Charles,cikgu . " Jawab murid tersebut.
"Baiklah,apa yang dikatakan Putera Charles kepada kamu?" tanya cikgu.
"Putera Charles kata,dia tak bertemu dengan cikgu semalam," jawab murid itu.

Kisah 3 : Anak kembar

Empat bakal ayah menanti dengan penuh gelisah di bilik menunggu hospital,sementara isteri masing-masing berjuang untuk melahirkan anak.
Selang beberapa minit kemudian,seorang jururawat keluar dan memberitahu ayah pertama,"Tahniah awak telah menjadi ayah kepada anak kembar!"
"Mungkin satu kebetulan,saya bekerja di Twin Star Enterprise,"kata ayah pertama.
Kemudian keluar jururawat lain dan memberitahu ayah kedua,"Tahniah,Encik mendapat anak kembar tiga"
"Yahoo...mungkin satu kebetulan saya bekerja di 3M Copration'"kata ayah kedua dengan girang.
Sepuluh minit selepas itu,keluar jururawat lain dan memberitahu ayah ketiga,"Syabas,isteri saudara melahirkan anak kembar empat!"
"Alhamdulillah.mungkin juga satu kebetulan saya bekerja di Four Season Hotel,"katanya syukur.
Pada waktu itu,ayah keempat kelihatan gelisah dan tidak menentu.Semua ayah yang menunggu bertanya,"Kenapa risan sangat?"
Jawab ayah keempat,"Saya tidak risau,cuma....saya bekerja di Seven-eleven,"katanya.

Haha :)
Just For Laugh.

Sunday, March 6, 2011

Sedetik kehidupan..

Setiap hari ada saja perkara baru dalam hidup seseorang.Kalau tonton drama di televisyen ,mesti ambil scene-scene yang menarik je.Scene-scene yang remeh-temeh tak nak.(no no no) tak penting,buat rugi je masuk tv.haih.


tgh shooting tuh :P
Tapi,sedar kah kita..? Setiap saat,detik kehidupan kita di tulis oleh malaikat Raqib & A'tit..Apa sahaja yang kita lakukan pasti di tulis oleh malaikat tersebut.Dan setiap gerak geri kita diperhati oleh-Nya.Amalan kita dihitung & ditimbang apabila sampai masa kelak.Betul kan? Buat baik,buat jahat semua akan dihitung.Marah orang, puji orang semua akan di ambil kira.


Jadi,hargai lah setiap saat kehidupan. :) 
Kerana dirimu begitu berharga( iklan LOREAL) :P


Ili & Ieda...rindu kamu berdua.. hehehe