CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Renung-renungkan & Selamat Beramal!



"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (al- Baqarah:216)

" “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-nuur:30 & 31)

" “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?” (ar-rahman : 13)

" “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” (Al-ahzaab : 33)

Sunday, January 30, 2011

Selamat Pengantin Baru,Miss Zaharah Mat Zin!

Assalamualaikum w.b.t
Firstly nak minta jutaan maaf sebab dah lama tak update blog nie.bukan apa.line di sini kurang baik sikit laa.time nak update je network problem.hehe.roomate dok asek suruh update je.Maaf ye. :P

 urm,ok.arini(29/1/2010) pergi wedding miss.lecturer math ain.ex-lecturer eida.Miss Zaharah.umur dia 24 tahun kot.hehe.tatau la.so anggaran je la.urm..awal pagi da online,check balik kat mana tempatnya.DEWAN SERI SIANTAN.dalam Kompleks Perbadanan Putrajaya,depan Palace of Justice.hoho.(google search kata la).dalam bm,Istana Kehakiman.kami pergi berenam(fad-biha-pqa-yana-farahin-saya) pada pukul 11.15pg.ok,pendek cerita dari metrobas-erl-basnadiputra.(tau x?KLIA Transit dah xde,gne KLIA Express je skg.)huh,smpai presint 3 tuh,mmg hujan agak renyai dengan angin kencang.dah lah kena lintas jalan.aiyo...berlari-lari anak kami.haha.masuk ke kompleks uh,ttibe makcek guard kate,nk pegi majlis kawen ke?kat belah sane dik.sebelah maybank.Allah.kena redah hujan la nie.apalagi...

ada satu incident,mase nak redah hujan nie,kita ingat ade laluan bawah tanah.so kami turun lah tangga tuh.tgk2 jln mati.pastu ade lif.yang transparent uh.pqa da cuak nak naik.tapi dia naik jugak.sbb satu tingkat je.haha.

sampai la kat depan pintu masuk.ade 2 signboard kawen.yang sure kitaorang jumpa la wedding dia kat mana.tingkat ats.time datang uh,tengah kompang.oooo~bergegar dewan uh.lalalala.then,masuk la.nak tgk miss.excited betul.haha.pengantin tgh jalan naik pelamin.then ain pegi la amik gambar pengantin tuh.then miss terpandang,cepat-cepat lambai kat dia.miss buat peace.alahai miss.cantik nya...

ok,time miss tgh sanding,amik makan.yok makan dlu~ weee..hahaha.lapo dah niee.penat berjln dari pj ke putrajaya,ok..makanan penuh kat pinggan.lama dah xmakan nasi minyak.so,melepas rindu la nie.hehehe.kawan-kawan lain,amik sikit je.erm,kuat betul makan ain nie.aiyoo..takpelah,nak membesar.lalalala.sambil makan,tengok la miss bersanding,macam-macam gaya mereka menepung tawar si mempelai,huhu.yang paling terharu,ada di antara mereka membaca doa untuk si mempelai.sweetnye~(mereka = ahli keluarga mempelai)

selesai makan,tiba saat untuk pengantin makan pulak.kami ingat nak minta diri.tapi bila nak salam miss,miss kate meh la bergambar dengan beliau.alaaa...nanti lah,solat dulu..pastu nanti datang balik.mesti pengantin dah abis makan kn? hehe.teringin nak pegi masjid besi.mak guard la nie kate,"adik pegi dekat dengan masjid besi tuh.dekat je dengan kompleks tuh".belakang dari kompleks tuh,jalan la sikit.hehe.huwahh,cantik laa.sume besi.xde air-cond pun.free-air je.paip pun unik.ngaa.terpegun kejap dgn keindahan masjid nie.subhanallah..

lepas solat,pegi dewan tuh balik.macam segan la pulak nak masuk.alaaaa..masuk je la.kate nak bergambar.hehehe.kebetulan miss tengah bergambar dgn lelaki yang baru bergelar suami.ngaa.sweet sangat mereka..semoga perkahwinan mereka diberkati Allah. amin.

Ok,balik dapat 2 cenderahati.sbb 2x masuk dewan.haha.pqa jeles. :p
time for balik uia..penat sungguh arini.tapi berbaloi!
sebab dapat tengok keindahan putrajaya~ subhanallah~
Rasa ,macam nak kerja kat putrajaya je.ngee~ :DD
insyaAllah. :)

Selamat Malam sume.
Esok ade Family Day Mahallah..

Friday, January 7, 2011

Dia Jodohku | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Dia Jodohku | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Cerpen menarik untuk di kongsi..

Tulang rusuk yang hilang pasti tidak akan tertukar dan pasti akan kembali ke tempat asalnya, itulah janji Allah. :)

Thursday, January 6, 2011

Sang Murabbi - Mencari semangat yang hilang

sebelum start movie
4/1-malam nie ajak roomate yang 2 orang lagi pegi tengok movie show kat LHA anjuran Muslims Geography.huhu.ingatkan pukul 8.30 malam.nasib baik pegi lepas isyak.then tengok poster balik..rupa-rupanya pukul 9pm.fuhh,nasib tak pergi awal.maka sampai lah di LHA awal..nak masuk,tapi macam takde orang.then ili tgk..ada akak tuh suh masuk..

kitaorang pilih seat yang paling tengah.ala-ala VVIP gitu~hehehe.menunggu la yang lain sampai.tapi dekat pukul 930,sikit je yang datang.yela,malam nie ada tayangan JELITA(mock trial)macam teater la jugak.huhuhu.ramai serbu ke sana.ada jugak yang ada usrah dan macam-macam lagi

ok,cerita dimulakan.tp sebelum movie ditayangkan..ada bacaan Al-Quran daripada student Cfs.ditayangkan kepada kami Al-Quran Digital dipaparkan di screen.membuatkan kami terpegun.yela,boleh selak kot al-Quran tuh.macam real je.Selesai Tadabbur,cerita di mulakan.

Movie ni pasal seorang pendakwah atau da'ie yang telah meninggal dunia.namun jasanya di kenang oleh masyarakat.Cerita yang berasal daripada Indonesia.Ia merupakan biografi seorang Ustaz Rahman Abdullah.Beliau bukan lah raja atau sultan.tapi kematian beliau menyebabkan ramai orang sedih dan menziarahi jenzah beliau.Begitu ramai orang datang untuk memberi penghormatan terakhir buat beliau.

Cerita hidup beliau sangat menyentuh hati kami.Sungguh,semangat beliau untuk berdakwah tersangat kuat.Walaupun kadang-kadang di uji,beliau tak mengenal putus asa.Andai beliau jatuh,beliau bangkit semula.Andai beliau alpa,beliau cepat bertaubat dan menginsafi diri.Cara beliau menyampaikan dakwah sangat berkesan.Malahan dari sekelompok kecil manusia taalim,hingga menjadi satu kumpulan besar.Lihatlah betapa hebatnya beliau menyampaikan dakwah hingga dapat menarik ramai orang.Adik beliau juga 'cair' dengan kata-kata beliau.

Satu ayat beliau yang saya ingat dalam movie ini ialah..
"Dakwah itu seperti monyet yang memanjat pokok yang tinggi lalu datang tiga jenis angin yang teramat kuat,iaitu angin taufan,angin ribut & angin ****,tapi monyet itu tetap terpacak teguh di pokok itu.maka datang pula angin sempoi-sempoi,lalu terleka,terbuai monyet itu seketika.hingga ia tak sedar ia telah melepaskan tangan nya.lalu jatuh lah monyet tersebut...maka,dakwah itu seperti angin sempoi-sempoi.." tak perlu kuat(kasar)seperti 3 jenis angin itu..berdakwah lah dengan lemah lembut,sopan dan santun..huhuhuhu.mesti orang pun akan cair dengan dakwah kita.

Saya juga tertarik dengan cara pemakaian beliau.Beliau bukan selalu memakai jubah ataupun serban ke sana ke sini.tapi cukup sederhana.Sekali pandang,bukan lah seperti ustaz.tapi cara penyampaian beliau,akhlak,tingkah laku.sungguh terpuji. :) (admire la dia)huhuhu.Terpegun melihat semangat beliau menulis,dari mesin taip hingga ke penggunaan laptop,beliau terus menulis.merujuk kepada segala sumber.Ada scene yang beliau diuji,tidak dapat ke Mesir.tapi disebabkan beliau berkata " berdakwah lah di mana-mana saja tanpa memilih tempat".Sungguh semangat beliau sangat luar biasa.
eida haus,sampai btol air pun nak bawak.
balik dari LHA,air dlm btol 2 sejuk yang amat~~

Konklusinya,tak rugi tengok cerita nie :D tengok JELITA pun tak kan?hohohoho.kawan-kawan saya kata cerita tu BEST.xrugi beli tiket.yelah yelah.tak kisah lah tengon cerita ape pun,janji kita amik pengajaran dari cerita tersebut buat pedoman untuk meneruskan kehidupan di jalan Allah,amin.

Habis movie,kami menggigil kesejukan yang amat~air-cond LHA mmg sangat kuat.sampai air pun turut menjadi lebih sejuk daripada air yang keluar dari peti sejuk.hohohoho.

Selamat Malam semua !

Monday, January 3, 2011

Permulaan & Pengakhiran.

Setiap yang bermula pasti akan berakhir.Cuti mid semester bermula minggu lepas,berakhir semalam.Tahun 2010 banyak meninggalkan kenangan buat kami bertiga.Tahun kami dapat lesen,tahun kami dapat result SPM,tahun kami dapat masuk CFS ni.Macam-macam berlaku.Kami bertemu.Banyak kenangan manis kami lalui bersama.Teringat waktu tahun lepas,bila nak balik cuti mid semester,tetiba ade lak Fire Drill tak ke haru? time orang tengah syok-syok di buai mimpi indah..bangun terkejut akibat siren yang teramat kuat.sampai Mahallah lain pun bising.aiyoo~

Cukup lah,kita sudah melangkah ke tahun baru.2010 selamat tinggal..2011 Selamat DATANG.semoga kami dapat menghabiskan sem 2,2010/2011 nie ( yang tinggal separuh) dengan jayanya.Amin..

P/s : tgh berdebar dapat paper mid sem.haru haru~