CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Renung-renungkan & Selamat Beramal!



"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (al- Baqarah:216)

" “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-nuur:30 & 31)

" “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?” (ar-rahman : 13)

" “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” (Al-ahzaab : 33)

Sunday, August 26, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Assalamualaikum! :)
ieda & ili.
Amacam raya?Seronok?
Alhamdulillah. Dah seminggu dah kita menyambut raya kn. Menyambut hari kemenangan.
Dah besar-besar ni, pengertian raya tu mendalam sikit. hoho. Duit raya pun kita xdpt dah.
yang dapat apa? Kemaafan sesama kita~ huhu.
Haaa.. ili dgn ieda dpt berapa duit raya? meh hulur2 sikit. :P
nak duit raya dari ain lg ke? haha.
kurang dari semgu lagi ain nak masuk gombakk~ takott~~
Nanti ili & ieda sambut ain ehh :D

Ha,untuk semua readers,
Selamat Hari Raya Aidilfitri :)
Maaf Zahir & Batin.

semoga lebaran kali ini mengajar kita erti kemenangan yang sebenar ;)

dan lagi satu ain dah berhenti kerja dengan jayanya.

Apa pengalaman kerja jaga budak-budak ni?
ummmm................

Banyakk!
Sgt banyak!

mandi kan dorang,tukar pampers,cuci najis2 dorang.
penah ada budak tu bocor pampers dia. haiyoo~~ habis baju teacher2 ni~
ragam budak-budak ni, mmg mcm2. yang penting kita terkawal. pantau je la budak2 ni.
kadang2 ajar dorang shape dan segala bagai la.
song pun ada.

Saat-saat yang tak boleh lupa adalah ....

  • ada satu hari tu,kunci bos lupa letak kat tempat secret.terpaksa la smbut budak-budak ni kat luar sementara tggu bos datang bawak kunci. waktu tu,tuhan je la tahu.
  • ada pulak satu hari ni,ayah trbwk kunci kereta kancil pegi kerja. mmg pagi tu kelam kabut lah. haha.last2 naik motor,merempit dgn motor. keadaan darurat tu. dah la hari tu turn bukak gates,mmg bawak laju la motor. hhaisss~`
  • lagi?? hari tangki kereta minyak bocor. Takot gilaa. Find out mase otw balik rumah,dah la dpt tau through fon.ada akak taska tu call sbb org mengadu dia bau minyak dari kereta ain.rasa mcm nak tercabut nyawa bwk kereta waktu tu. ~~~
  • ada sorang budak obesity ni pampers dia bocor,habis satu bilik bau t*** dia~~ memang riuh- rendah la waktu tu.
  • ada pulak budak 4 years buang air besar dalam pampers dia then dia calit kat atas meja. Ya allah,dugaan btul waktu tu.
  • Waktu bulan puasa memang agak mencabar jugak lah,mmg waktu ptg tdo kan dorang,mmg teacher pun tdo skali,hehehe.

Tada~~ ada lagi yang tak masuk ni. huhu.
Tapi most of them sweet moments,bagi ain,ain seronok jaga budak-budak ni.layan kerenah dorang. sbb bagi certain orang,mmg agak stress layan budak-budak kn? takpe takpe, semua terpulang kat kita ,klo kita mindset kn best,insyaAllah semua nya best belaka. hehehe.

Alhamdulillah. Checklist untuk jadi cikgu taska dah! haha. Next, nak buat apa pulak? hehe

Sambung DEGREE la kan. :D one step ahead, takot la ili,ieda. apa lah rasanya kan?

Hopefully,kita bertiga dapat tamatkan degree dengan jayanya! ;) Aminnnnnnnnnnnnnnnn.

Ok lah, take care semua. Selamat Maju Jaya. hoho.

Eh,Selamat hari raya. Beraya lah anda berhati-hati. jangan sampai perut buncit pulak. hihi :)

Friday, July 13, 2012

Ramadhan will arrive!!!


Assalamualaikum.
Hehehe,dah lama lama tak buka blog,alhamdulillah masih wujud rupanye.Credit to ain yang selalu je meng'update' blog nie.

Dah lama tak dengar citer ain,kau camne sekarang?.Ili sekarang nie ade kat uia,tengah ambik short sem.Walaupun dapat add 1 subjek je tapi alhamdulillah at least dapat lah juga ringankan beban next sem.Ieda pulak sekarang nie tengah kerja kat johor,kerja dengan abang ipar dia.Bestlah korang kan dah dapat pengalaman bekerja,setakat nie aku tak dapat lagi peluang nak kerja,insyaALLAH peluang tu akan tiba jugak,hihihi..Korang kerja leklok tau,nanti jangan lupa belanja aku makan.

Ramadhan dah nak dekat,so time nie lah kita nak 'topup'kan pahala.
 “Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT: Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan,
minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).

Tahun nie puasa sorang2 lah aku kat gombak nie,so sad.Tapi tak sabar rasanya nak puasa kat sini,orang cakap kat uia gombak nie suasana puasa dia lain sikit,lain macam mana tu tak tahulah kan.To ain and ieda,selamat menjalani ibadah puasa,semoga ramadhan kali nie kita semua tidak rugi,insyaALLAH...


p/s:Untunglah korang dapat puasa dengan famili. 

Wednesday, June 20, 2012

Kerja.

Ok, memang agak rajin menulis blog. dah hari-hari mengupdate pulak lak. hehe

Pasal kerja. Semua orang suka kerja ke?
Entah.
Tapi bagi ain, mmg mula-mula nak cari duit.
nak simpan duit.
But then setelah 2 kali kerja pada masa yang berbeza.
I mean waktu cuti, ain rasa macam ain more to untuk cari pengalaman.
Best kan kalau kita dapat rasa semua kerja?
Cari pengalaman. Merasa penat lelah orang buat kerja itu ini.
So cuti semester kali ni, saya akan bekerja menjadi guru taska. hihi

Setelah dlu merasa kerja Cashier dan Pembantu Kedai.
Kali ni feeling lain sikit. Mencuba sesuatu yang lain.
Menjaga budak2. haha.
Orang kata penat jaga budak-budak ni ,ain.
so kena mulakan dengan postive thinking.
Seronok seronok seronok! ;)
InsyaAllah.

So ieda & ili,
Doakan saya di sini. Moga -moga segalanya di permudahkan.
Aminn.

Tuesday, June 19, 2012

Bulan 9 Di Gombak

Assalamualaikum.

Ain's here!

Sibuk sangat bercuti sampai bulan 9,smpai tak tau nak buat apa! hehe
Untuk mereka yang bakal menghadapi exam, Good Luck.
Dan untuk yang menunggu result, doa banyak-banyak eh. InsyaAllah , Kejayaan pasti berpihak pada kita kalau kita dah berusaha.

Ieda & Ili dah cuti semester sekarang ini.
Mereka berada di rumah masing-masing sekarang. Betul tak ieda, ili?
HOME SWEET HOME kn ?

Ain sekarang sedang menghabiskan buku Ustaz Pahrol - Cinta kerana Allah. ni haa.


Buku ini sesuai untuk mereka yang akan / telah berkahwin. hoho.
Entah kenapa la ain beli buku ni kn? nak kahwin dah ke? haha. 
Tak la. Sekadar untuk membaca. tak salah kn? 
Kita kan nak tambah ilmu ,so kena la rajin membaca.

Ain doakan ieda & ili sihat sejahtera hendaknya. Hari tu jumpa,kejap je kn. semalam je dapat duduk bilik ieda & ili. Esok lusa tak tau dapat jumpa lagi ke tak. yelahh. korang kn dah busy busy. 

ok lah. itu saja bebelan ain untuk kali ini. Tatatititutu korang~ 

Have a nice day~

Cara-cara memikat seorang lelaki




Post ini di post untuk suka-suka sahaja. Tiada kaitan dengan hidup dan mati. Terima kasih. 


Cara-cara untuk memikat seorang lelaki

Cara ini mungkin berkesan untuk dipraktikkan.. Mari kita lihat cara-caranya:


Cara pertama : Kecantikan

Kecantikan adalah segalanya bagi seorang lelaki. Namun, kecantikan yang di pandang 
seorang lelaki tidak hanya pada rupa paras dan bentuk fizikal semata–mata.

Sekarang, ramai lelaki lebih sukakan wanita yang ikhlas mencintai dirinya berbanding
mengejar seseorang yang tidak ikhlas. Bagi lelaki, ikhlas adalah kecantikan yang mereka cari. 

Cantikkan hati anda, pasti lelaki tersebut akan terpikat.


Cara kedua : Menjadi penyokong setia dia

Walaupun lelaki nampak seperti makhluk yang kuat, mereka sebenarnya makhluk yang lemah. 
Anda berikan dorongan kepada dia dan sokong dia sepenuhnya. Lelaki tersebut pasti akan 
hargai anda yang sentiasa menyokongnya.



Cara ketiga : Jadi diri sendiri

Anda tidak perlu tukar cara anda hidup semata–mata kerana anda ingin mengejar 
seorang lelaki. Lelaki tidak suka perempuan yang hipokrit. Lelaki lebih suka mencintai 
seorang wanita yang selesa menjadi dirinya sendiri.


Cara keempat : Jangan cepat menyerah

Ketika dalam proses berkenalan dan berkawan, anda jangan cepat menyerah kepada lelaki 
tersebut. Sebaliknya, anda jual mahal sedikit dan biarkan dia sedikit berusaha untuk 
memikat anda.



Cara kelima : Jadi pendengar yang setia

Lelaki biasanya tertarik pada wanita yang bersikap seperti wanita. Antara sifat wanita 
yang paling mereka suka adalah memahami kaum lelaki dengan menjadi pendengar yang setia. 

Apabila anda bersikap menjadi pendengar yang baik, ia menunjukkan anda ambil berat akan 
hal dia.

A relationship needs both, man and woman.


Thursday, December 22, 2011

Saya di PJ,Mereka di Gombak :)

Assalamualaikum...
dah bersawang dah blog ni kn? aiyoyoyo..
Minta maaf la ye, sbb lama menyepi..

Ieda & Ili dah selamat dapat offer letter,
Course : CIE
Mahallah : HalimatunSaadiah

Both dapat yang sama. Dan memang roomate anda yang sorang ni jeles,
Yelah, boleh pulak sama-sama. Best la ada geng, pastu tinggalkan saya sorang2 kat PJ kn ?
mane aciiii :'(

Buat Ili & Ieda ,
Selamat menghadapi satu lagi fasa dalam hidup, iaitu mengambil ijazah.
Ingat !! ijazah ni bkn senang2 cmtu je nak amik. huhuhu :P
Semoga berjaya menghadapi fasa tersebut dgn baik.
Roomate awak yg sorang2 kat PJ ni doakan segala nya yang terbaik buat anda.
Lawat2 lah PJ eh nnt, :DD
Happy Graduation ili & ieda :P masih sempat lg kn?  :D
Buat Ain,
(ucapan untuk diri sendiri,haha :P )
Sem 3,2011/2012 dah nak mula, register 8-10 hb Januari,
itu maknanya cuti dah nak habis ,
so jangan lupa diri pulak , hihi.
Semoga dapat grad dgn jaya nya di CFS,
utk pengetahuan ili & ieda, last sem ni ain amik
-Troubleshoot
-Programming
-BTQ
Doakan ain dipermudahkan segala urusan eh ;)

Ok lah, itu sahaja untuk kali ini..
ain menunggu roomate2 yg lain pulak update, hehehe.
asyik saya je update. :P

Sunday, October 2, 2011

Alhamdulillah.. :)

Alhamdulillah..telah tamat sem 1,2011/2012.
tapi ili gn ieda still ada satu lagi paper,chem 2... then dorang akan terus ke main camp dan meninggalkan ain sorang2 di bilik.adoii..sabor je la eden..dah nasib badan..

Firstly,nak ucap...JUTAAN terima kasih pada ili & ieda kerana telah memilih saya menjadi roomate anda sepanjang keberadaan anda di CFS.saya amat bersyukur kerana anda memilih saya sebagai roomate anda. :D (ayat skema gila -.-')

thanks for being a goooooood roomate...
thanks for lend an ear to hear my story mory,haha :P
thanks for give me advise,spirit never to give up :D
thanks for make my day soo beautiful.huhuhuhu..
thanks for being understanding roomate..(walaupun kadang-kadang aku xfaham apa yg korang merepek, :P )
thank you soo much! :DDD