Post ini di post untuk suka-suka sahaja. Tiada kaitan dengan hidup dan mati. Terima kasih.
Cara-cara untuk memikat seorang lelaki
Cara pertama : Kecantikan
Kecantikan adalah segalanya bagi seorang lelaki. Namun, kecantikan yang di pandang
seorang lelaki tidak hanya pada rupa paras dan bentuk fizikal semata–mata.
Sekarang, ramai lelaki lebih sukakan wanita yang ikhlas mencintai dirinya berbanding
mengejar seseorang yang tidak ikhlas. Bagi lelaki, ikhlas adalah kecantikan yang mereka cari.
Cantikkan hati anda, pasti lelaki tersebut akan terpikat.
Cara kedua : Menjadi penyokong setia dia
Walaupun lelaki nampak seperti makhluk yang kuat, mereka sebenarnya makhluk yang lemah.
Anda berikan dorongan kepada dia dan sokong dia sepenuhnya. Lelaki tersebut pasti akan
hargai anda yang sentiasa menyokongnya.
Cara ketiga : Jadi diri sendiri
Anda tidak perlu tukar cara anda hidup semata–mata kerana anda ingin mengejar
seorang lelaki. Lelaki tidak suka perempuan yang hipokrit. Lelaki lebih suka mencintai
seorang wanita yang selesa menjadi dirinya sendiri.
Cara keempat : Jangan cepat menyerah
Ketika dalam proses berkenalan dan berkawan, anda jangan cepat menyerah kepada lelaki
tersebut. Sebaliknya, anda jual mahal sedikit dan biarkan dia sedikit berusaha untuk
memikat anda.
Cara kelima : Jadi pendengar yang setia
Lelaki biasanya tertarik pada wanita yang bersikap seperti wanita. Antara sifat wanita
yang paling mereka suka adalah memahami kaum lelaki dengan menjadi pendengar yang setia.
Apabila anda bersikap menjadi pendengar yang baik, ia menunjukkan anda ambil berat akan
hal dia.
A relationship needs both, man and woman. |
No comments:
Post a Comment