CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Renung-renungkan & Selamat Beramal!



"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (al- Baqarah:216)

" “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-nuur:30 & 31)

" “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?” (ar-rahman : 13)

" “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” (Al-ahzaab : 33)

Wednesday, June 20, 2012

Kerja.

Ok, memang agak rajin menulis blog. dah hari-hari mengupdate pulak lak. hehe

Pasal kerja. Semua orang suka kerja ke?
Entah.
Tapi bagi ain, mmg mula-mula nak cari duit.
nak simpan duit.
But then setelah 2 kali kerja pada masa yang berbeza.
I mean waktu cuti, ain rasa macam ain more to untuk cari pengalaman.
Best kan kalau kita dapat rasa semua kerja?
Cari pengalaman. Merasa penat lelah orang buat kerja itu ini.
So cuti semester kali ni, saya akan bekerja menjadi guru taska. hihi

Setelah dlu merasa kerja Cashier dan Pembantu Kedai.
Kali ni feeling lain sikit. Mencuba sesuatu yang lain.
Menjaga budak2. haha.
Orang kata penat jaga budak-budak ni ,ain.
so kena mulakan dengan postive thinking.
Seronok seronok seronok! ;)
InsyaAllah.

So ieda & ili,
Doakan saya di sini. Moga -moga segalanya di permudahkan.
Aminn.

Tuesday, June 19, 2012

Bulan 9 Di Gombak

Assalamualaikum.

Ain's here!

Sibuk sangat bercuti sampai bulan 9,smpai tak tau nak buat apa! hehe
Untuk mereka yang bakal menghadapi exam, Good Luck.
Dan untuk yang menunggu result, doa banyak-banyak eh. InsyaAllah , Kejayaan pasti berpihak pada kita kalau kita dah berusaha.

Ieda & Ili dah cuti semester sekarang ini.
Mereka berada di rumah masing-masing sekarang. Betul tak ieda, ili?
HOME SWEET HOME kn ?

Ain sekarang sedang menghabiskan buku Ustaz Pahrol - Cinta kerana Allah. ni haa.


Buku ini sesuai untuk mereka yang akan / telah berkahwin. hoho.
Entah kenapa la ain beli buku ni kn? nak kahwin dah ke? haha. 
Tak la. Sekadar untuk membaca. tak salah kn? 
Kita kan nak tambah ilmu ,so kena la rajin membaca.

Ain doakan ieda & ili sihat sejahtera hendaknya. Hari tu jumpa,kejap je kn. semalam je dapat duduk bilik ieda & ili. Esok lusa tak tau dapat jumpa lagi ke tak. yelahh. korang kn dah busy busy. 

ok lah. itu saja bebelan ain untuk kali ini. Tatatititutu korang~ 

Have a nice day~

Cara-cara memikat seorang lelaki




Post ini di post untuk suka-suka sahaja. Tiada kaitan dengan hidup dan mati. Terima kasih. 


Cara-cara untuk memikat seorang lelaki

Cara ini mungkin berkesan untuk dipraktikkan.. Mari kita lihat cara-caranya:


Cara pertama : Kecantikan

Kecantikan adalah segalanya bagi seorang lelaki. Namun, kecantikan yang di pandang 
seorang lelaki tidak hanya pada rupa paras dan bentuk fizikal semata–mata.

Sekarang, ramai lelaki lebih sukakan wanita yang ikhlas mencintai dirinya berbanding
mengejar seseorang yang tidak ikhlas. Bagi lelaki, ikhlas adalah kecantikan yang mereka cari. 

Cantikkan hati anda, pasti lelaki tersebut akan terpikat.


Cara kedua : Menjadi penyokong setia dia

Walaupun lelaki nampak seperti makhluk yang kuat, mereka sebenarnya makhluk yang lemah. 
Anda berikan dorongan kepada dia dan sokong dia sepenuhnya. Lelaki tersebut pasti akan 
hargai anda yang sentiasa menyokongnya.



Cara ketiga : Jadi diri sendiri

Anda tidak perlu tukar cara anda hidup semata–mata kerana anda ingin mengejar 
seorang lelaki. Lelaki tidak suka perempuan yang hipokrit. Lelaki lebih suka mencintai 
seorang wanita yang selesa menjadi dirinya sendiri.


Cara keempat : Jangan cepat menyerah

Ketika dalam proses berkenalan dan berkawan, anda jangan cepat menyerah kepada lelaki 
tersebut. Sebaliknya, anda jual mahal sedikit dan biarkan dia sedikit berusaha untuk 
memikat anda.



Cara kelima : Jadi pendengar yang setia

Lelaki biasanya tertarik pada wanita yang bersikap seperti wanita. Antara sifat wanita 
yang paling mereka suka adalah memahami kaum lelaki dengan menjadi pendengar yang setia. 

Apabila anda bersikap menjadi pendengar yang baik, ia menunjukkan anda ambil berat akan 
hal dia.

A relationship needs both, man and woman.