CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Renung-renungkan & Selamat Beramal!



"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (al- Baqarah:216)

" “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-nuur:30 & 31)

" “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?” (ar-rahman : 13)

" “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” (Al-ahzaab : 33)

Thursday, January 6, 2011

Sang Murabbi - Mencari semangat yang hilang

sebelum start movie
4/1-malam nie ajak roomate yang 2 orang lagi pegi tengok movie show kat LHA anjuran Muslims Geography.huhu.ingatkan pukul 8.30 malam.nasib baik pegi lepas isyak.then tengok poster balik..rupa-rupanya pukul 9pm.fuhh,nasib tak pergi awal.maka sampai lah di LHA awal..nak masuk,tapi macam takde orang.then ili tgk..ada akak tuh suh masuk..

kitaorang pilih seat yang paling tengah.ala-ala VVIP gitu~hehehe.menunggu la yang lain sampai.tapi dekat pukul 930,sikit je yang datang.yela,malam nie ada tayangan JELITA(mock trial)macam teater la jugak.huhuhu.ramai serbu ke sana.ada jugak yang ada usrah dan macam-macam lagi

ok,cerita dimulakan.tp sebelum movie ditayangkan..ada bacaan Al-Quran daripada student Cfs.ditayangkan kepada kami Al-Quran Digital dipaparkan di screen.membuatkan kami terpegun.yela,boleh selak kot al-Quran tuh.macam real je.Selesai Tadabbur,cerita di mulakan.

Movie ni pasal seorang pendakwah atau da'ie yang telah meninggal dunia.namun jasanya di kenang oleh masyarakat.Cerita yang berasal daripada Indonesia.Ia merupakan biografi seorang Ustaz Rahman Abdullah.Beliau bukan lah raja atau sultan.tapi kematian beliau menyebabkan ramai orang sedih dan menziarahi jenzah beliau.Begitu ramai orang datang untuk memberi penghormatan terakhir buat beliau.

Cerita hidup beliau sangat menyentuh hati kami.Sungguh,semangat beliau untuk berdakwah tersangat kuat.Walaupun kadang-kadang di uji,beliau tak mengenal putus asa.Andai beliau jatuh,beliau bangkit semula.Andai beliau alpa,beliau cepat bertaubat dan menginsafi diri.Cara beliau menyampaikan dakwah sangat berkesan.Malahan dari sekelompok kecil manusia taalim,hingga menjadi satu kumpulan besar.Lihatlah betapa hebatnya beliau menyampaikan dakwah hingga dapat menarik ramai orang.Adik beliau juga 'cair' dengan kata-kata beliau.

Satu ayat beliau yang saya ingat dalam movie ini ialah..
"Dakwah itu seperti monyet yang memanjat pokok yang tinggi lalu datang tiga jenis angin yang teramat kuat,iaitu angin taufan,angin ribut & angin ****,tapi monyet itu tetap terpacak teguh di pokok itu.maka datang pula angin sempoi-sempoi,lalu terleka,terbuai monyet itu seketika.hingga ia tak sedar ia telah melepaskan tangan nya.lalu jatuh lah monyet tersebut...maka,dakwah itu seperti angin sempoi-sempoi.." tak perlu kuat(kasar)seperti 3 jenis angin itu..berdakwah lah dengan lemah lembut,sopan dan santun..huhuhuhu.mesti orang pun akan cair dengan dakwah kita.

Saya juga tertarik dengan cara pemakaian beliau.Beliau bukan selalu memakai jubah ataupun serban ke sana ke sini.tapi cukup sederhana.Sekali pandang,bukan lah seperti ustaz.tapi cara penyampaian beliau,akhlak,tingkah laku.sungguh terpuji. :) (admire la dia)huhuhu.Terpegun melihat semangat beliau menulis,dari mesin taip hingga ke penggunaan laptop,beliau terus menulis.merujuk kepada segala sumber.Ada scene yang beliau diuji,tidak dapat ke Mesir.tapi disebabkan beliau berkata " berdakwah lah di mana-mana saja tanpa memilih tempat".Sungguh semangat beliau sangat luar biasa.
eida haus,sampai btol air pun nak bawak.
balik dari LHA,air dlm btol 2 sejuk yang amat~~

Konklusinya,tak rugi tengok cerita nie :D tengok JELITA pun tak kan?hohohoho.kawan-kawan saya kata cerita tu BEST.xrugi beli tiket.yelah yelah.tak kisah lah tengon cerita ape pun,janji kita amik pengajaran dari cerita tersebut buat pedoman untuk meneruskan kehidupan di jalan Allah,amin.

Habis movie,kami menggigil kesejukan yang amat~air-cond LHA mmg sangat kuat.sampai air pun turut menjadi lebih sejuk daripada air yang keluar dari peti sejuk.hohohoho.

Selamat Malam semua !

No comments:

Post a Comment