CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Renung-renungkan & Selamat Beramal!



"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (al- Baqarah:216)

" “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-nuur:30 & 31)

" “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?” (ar-rahman : 13)

" “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” (Al-ahzaab : 33)

Friday, December 17, 2010

Dunia kanak-kanak

Setelah pulang dari sekolah.Adik terus ke dapur mencari ibunya.

Adik : Ibu,ibu..tadi kan kat sekolah.Kawan-kawan adik kata susah soalan exam tadi tuh.

Ibu yang sibuk di dapur.terus terkejut.

Ibu : Astagfirullahalazim...adik..terkejut ibu.Bagi la salam dulu.ish3.

Adik : hehehe.Assalamualaikum ibu.maaf laa adik excited nk jumpa ibu.hehe

sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.hohoho.

Ibu : Waalaikumsalam.Ha,cmtu la anak ibu.erm..adik kata apa tadi?kawan-kawan adik kata susah soalan exam  tadi?adik macam mana?boleh jawab?

Adik : Boleh!!hehehe.

Ibu : Alhamdulillah..bersyukur pada Allah sebab memudahkan adik.

Adik : Allah tak permudahkan kawan-kawan adik ke??

Ibu : Ish,bukan macam tu.Kadang-kadang Allah beri kita kesusahan,kadang-kadang Allah beri kita kesenangan.Cuma kita perlu berdoa lah akan di permudahkan segala urusan.

Adik : Habis tuh,kawan-kawan adik tuh tak berdoa lah kepada Allah?

Ibu : eh,takla.Kadang-kadang Allah nak uji kita jugak.Sama ada kita kuat atau tidak menghadapi ujian-Nya.

Adik : Ooo.Ibu,ibu..nanti kan adik dah besar adik nak jadi apa ek?

Ibu : Jadilah orang yang berguna untuk masyarakat,agama & negara.

Adik : Orang yang berguna tu apa ibu?

Ibu : Orang yang berfaedah laa.

Adik masih lagi tak faham,dan terus bertanya ibu nya .

Adik : Macam mana?

Ibu : Macam kita tolong orang la.Ingat tak,adik tolong Mak Syiqa hari tu.ha,macam tuh la.

Adik : Ooo.urm,dunia kat luar sana tuh bahaya tak,ibu?

Ibu : Nanti adik dah besar adik tau la..

Adik : Ala ibu ni..nak tau....

merengek-rengek si Adik minta penjelasan.

Ibu : InsyaAllah mudah,kalau kita sentiasa bersama Allah.Adik jagalah Allah,Allah pasti jaga adik. :)

Nukilan : .....

No comments:

Post a Comment