CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Renung-renungkan & Selamat Beramal!



"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (al- Baqarah:216)

" “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-nuur:30 & 31)

" “Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?” (ar-rahman : 13)

" “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” (Al-ahzaab : 33)

Monday, December 20, 2010

Pernah pegang baby?

Ok,post kali ini berbicara tentang baby.hehe.walaupun kami belum lagi mempunyai anak sendiri.tapi suka sekali bermain bersama anak-anak kecil.Si penghibur hati.Sayu je melihat tatkala bayi yng baru dilahirkan.Pernah kita terfikir bagaimana 9 bulan di rahim ibu nya beliau mampu hidup dengan jayanya?Subhanallah,Maha Suci Allah yang begitu indah mencipta manusia sedemikian rupa.Lewat petang tadi,ain berpeluang untuk memegang salah seorang baby yang baru dilahirkan 2 bulan yang lepas.huhuhu.anak ustazah arabic.hehe.(teringat masa dulu-dulu beliau mengajar.rindu~teramat rindu~ ) then masa beliau minta tolong untuk pegangkan bayi sebentar.tiba-tiba ain kaget.hohoho.yela,ibu pernah kata "jangan pandai-pandai nak pegang anak orang,tulang dia lembut lagi."adohai.dah ustazah bagi can,ape lagi?ngeee~ mengambil peluang untuk mendukung bayi tersebut. :) selepas agak-agak panik,terus pass kat classmate.kebetulan memang kami bertiga ada di situ.ain pass pada dia.hehehe.dia pun suka.then dia tukar turn lak kat classmate seorang lagi.Rasa hati begitu gembira bermain bersama baby tersebut.Tension pun lepas kot.haha.seronok.suci je muka dia.seputih kain yang belum di corak oleh apa-apa pun.Ustazah kebetulan mahu mengambil anak nya di nursery,So,dia minta kitaorang jagakan anak beliau sebentar.hehe.dapat la jugak bermain-main bersama baby balqis.hehehe.Then,ustazah pun menyuruh kami ke bilik beliau yang berhampiran dengan tempat arah destinasi kami..huhuhu.ustazah kata"haih,orang depan tuh da reti dukung baby " ngah3.ditujukan kepada my classmate.huhhuhu.lama kot dia dukung baby tuh.sampai ke kereta suami ustazah.OK,penat dah berceloteh.time for bed~
senyum~


sweet dream everyone~

assalamualaikum ~

5 comments: